Selama hampir 1 Semester aku berada di Kelantan, aku sangat gembira..apa yang aku impikan semasa aku kecil dah termakbul. Dalam kegembiraan itu, Dia datangkan ujian buat aku...Pada pertengahan Semester pertama aku mula rasa sesak nafas ketika tidur dan rasa sakit menyucuk-nyucuk di bahagian dada. Aku rahsiakan daripada rakan-rakan dan keluarga. Aku tak mahu mereka risau. Aku tidak pergi ke klinik kerana aku takut dengan keputusannya nanti..Aku tak kuat untuk terima. Perkara itu berlanjutan sehinggalah aku muntah berdarah dan terpaksa menjalani rawatan yang menyakitkan. Aku harap itu yang terakhir tapi ternyata tidak..
Aku diuji sekali lagi semasa semester 3 apabila disahkan mengidap Tuberculosis dan perlu menangguhkan pengajian aku selama 1 tahun untuk menjalani rawatan sepenuhnya buat kali yang kedua..Waktu itu, lagi beberapa minggu untuk exam final semester 3... Aku kecewa.. Aku menangis semahunya..Doktor memberitahu penyakitku sudah berada di tahap ketiga dan perlu menjalani rawatan intensif. Ketika itu aku sudah mula hilang suara sehingga hampir bisu dan kerap sesak nafas walaupun baru berdiri seketika kerana kuman sudah merebak ke bahagian paru-paru dan pita suara. Allah bersamaku... Aku mula menampakkan perubahan positif walaupun baru 5 bulan rawatan. Aku tak boleh putus asa kerana masih ada perjuangan yang tergendala. Aku nak sambung belajar semula..
Akhirnya, selepas hampir 1 tahun rawatan, aku dibenarkan untuk menyambung pengajian semula... Aku panjatkan syukur pada Ilahi kerana masih beri aku peluang untuk capai impianku.. perasaan berkobar-kobar seperti mula-mula nak mendaftar masuk dulu.. ^_^ Namun ujian datang sekali lagi, kali ini lebih hebat.. baru sahaja sebulan aku berada di Kelantan, aku dimasukkan semula ke hospital, di HUSM Kota Bharu akibat sesak nafas yang teruk dan suhu badan yang terlampau panas sehingga melebihi 41°C. Jangkitan kuman dikesan sudah mengalir ke saluran darah. Paru-paru yang sudah pun dijangkiti kuman sebelum ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan tekanan darah yang sangat rendah. Aku bernafas sepenuhnya menggunakan mesin pembantu. Selepas beberapa jam berada di wad zon merah, aku dihantar ke wad ICU. Aku lihat doktor-doktor sangat cemas sebaik sahaja aku tiba di wad ICU sehinggalah pandangan aku mula kabur. Waktu itu yang bersamaku untuk terus kuat hanyalah Allah dan ingatanku kepada keluargaku yang masih berada di Johor. Sesekali aku khuatir sempatkah keluarga aku untuk sampai ke Kelantan dan untuk ke Kelantan, kosnya bukanlah murah..Aku risau.. kerana aku bukan berasal dari keluarga senang. Bagaimana ummi dan abah nak datang kalau tiada duit. Lagi-lagi waktu itu sudah di akhir bulan.. Aku mendengar bacaan Yassin di tepi katilku dan kemudian beberapa ketika selepas itu terdengar pula bisikkan kalimah Lailahaillallah. Aku sebut perlahan-lahan kalimah itu dengan juraian air mata.. Berat hati aku untuk pergi selagi belum melihat ummi dan abah..Aku berdoa agar diberi kesempatan lagi. Aku sudah tidak berdaya. Dan akhirnya aku pejamkan mata.
Allah ternyata sangat mendengar doa hambanya...Alhamdulillah... bagai mati hidup semula...selepas 2 malam bertarung nyawa.. aku mula menunjukkan reaksi positif.. aku sudah boleh makan dan minum. Ummi dan abah pun tiba pada pagi hari kedua.. Namun, kesan daripada penyakit yang aku alami langsung tidak membenarkan aku menyambung pelajaran lagi lalu aku mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan masih perlu menyambung rawatan susulan di Johor. Aku tidak mahu menyusahkan ummi dan abah lagi untuk yang entah keberapa kali. Dah terlalu banyak masa dan wang ringgit dikorbankan untuk aku.. Cukuplah kali ini..
Aku bertekad untuk balas semula jasa ummi dan abah sungguhpun aku tahu aku takkan mampu balas kesemuanya. Disebabkan itu, sebaik sahaja selepas aku keluar dari hospital, aku terus mencari kerja yang sesuai dengan berbekalkan sijil-sijil dan kebolehan yang aku ada namun tak sedikit pun menarik perhatian si penemuduga bila sahaja melihat rekod kesihatan aku. Selepas mendapat banyak penolakan, akhirnya, aku diterima bekerja di sebuah kedai kek walaupun sudah diberitahu bahawa aku mepunyai asma. Mereka meminta aku mencuba dahulu. Aku terima dengan senang hati.. Tetapi, pada hari pertama bekerja, belum pun sampai 3 jam.. aku dah termengah-mengah kerana asma, tangan menggeletar, dan mata berpinar-pinar. Selepas dinasihati majikan, aku ambil keputusan untuk berhenti waktu itu juga dan majikan aku berbaik hati memberikan gaji walaupun baru 3 jam bekerja.
Sekarang, apa yang mampu aku buat untuk balas semula semua jasa ummi abah cumalah duduk di rumah membantu ummi serba sedikit kerja-kerja di rumah sementara ummi dan yang lain bekerja. Kalau penat, boleh berehat.. =) sambil belajar sikit-sikit menjadi suri rumah yang berjaya untuk bakal suami nanti..walaupun belum ada bakal suami..hehe!
Mungkin Allah ingin mengajar nilai syukur,
lalu ditimpakan kesusahan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati dengan sabar,
lalu diberikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri,
lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta padaNya,
lantas diberikan cinta kepada duniawi.
Tidak diberikan sesuatu itu sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah..
{Setiap Apa Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya..}
“Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di jalan yang lurus."
(Surah Hud : 56)