Assalamualaikum...
Jadilah diri sendiri nescaya akan bertambah kecantikan yang sedia ada...kun anta tazdada jamala~
aip! jangan nakal...
Saturday, 28 May 2016
-BESARNYA AKIBAT FITNAH-
Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yg buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki & tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur).
Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yg kerjanya memandikan mayat, tiba2 tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu. Semua penduduk & Ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.
Terdapat berbagai cadangan & pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yg dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan. Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yg kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat & jenazah itu sekaligus. Oleh kerana kedua2 cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik. Imam Malik bukan calang2 orang yg memberi fatwa.
Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yg berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu: "Apakah kamu lakukan/berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?" Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat/tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.
Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong/ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata: "Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar & memukul berkali2 pada batang tubuh si mati." Imam Malik berkata: "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi." Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.
PENGAJARAN:
Jaga lidah, jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat, maka kita dilarang menuduhnya berzina.
Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan & iktibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara, yg mana kita tidak menyaksi & tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa berlaku. Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.
Saturday, 5 March 2016
DEMI ALLAH, AKU TAKKAN MENYENTUHMU...
Bismillahirramanirrahim...
Ada seorang pemuda pelajar yang belajar di Delhi. Hari sudahpun malam, & dia duduk bersendirian di satu Masjid, belajar di bawah cahaya lampu.
InsyaAllah, harini teringin nak kongsikan sebuah komik yang mengisahkan kemuliaan hati seorang lelaki muslim yang cintakan Allah. Komik yang sangat menyentuh hati...
Komik ini diadaptasi dari kisah benar ditulis oleh Maulana Siddiue Ahmed Zahed Mudda Zilluhu di dalam bukunya " Adaa'bul Muta'allimeen".
Dilukis oleh Nurel Yana Maurad dengan tajuk The Pious Student.
Dilukis oleh Nurel Yana Maurad dengan tajuk The Pious Student.
Selamat membaca & beroleh manfaat ^_^ Amiin.
Ada seorang pemuda pelajar yang belajar di Delhi. Hari sudahpun malam, & dia duduk bersendirian di satu Masjid, belajar di bawah cahaya lampu.
Di tempat yang sama, seorang gadis dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya.
Tiba-tiba, satu kekacauan berlaku & jalan-jalan di situ menjadi tidak selamat.
Tiba-tiba, satu kekacauan berlaku & jalan-jalan di situ menjadi tidak selamat.
Gadis itu tak dapat mencari tempat untuknya berlindung, kecuali Masjid yang satu itu.
Bila pemuda pelajar itu melihat gadis tersebut, dia menyuruh gadis itu meninggalkan tempat itu dengan segera.
Bila mendengar penjelasan gadis itu, pemuda pelajar itu diam & meminta gadis itu duduk di satu sudut.
Pemuda pelajar itu kemudiannya kembali ke sudut ruang belajarnya dan belajar sepanjang malam.
Pemuda pelajar itu kemudiannya kembali ke sudut ruang belajarnya dan belajar sepanjang malam.
Sambil dia mentelaah, dia berkali-kali meletakkan hujung jarinya pada api di lampu belajarnya.
Gadis muda itu telah memerhatikan tindak-tanduk lelaki itu.
Gadis itu adalah anak kepada seorang kaya & dia bakal ditunangkan dengan seorang kaya yang lain.
Selepas peristiwa itu gadis tersebut menolak pertunangan tersebut
& berkata, ” Saya ingin mengahwini seorang pemuda pelajar yang
tinggal di masjid yang tersebut.”
Ibubapa & saudara-maranya mula memujuknya. Dan ramai yang mula memandang serong terhadapnya.
Menyedari perkara itu, gadis itu pun menceritakan keseluruhan peristiwa yang telah berlaku sebelum itu, & berkata,
"Saya hanya akan berkahwin dengan dia kerana dia mempunyai perasaan
takut kepada Allah di dalam hati . Dan sesiapa yang bertaqwa kepada
Allah tidak akan menyebabkan mudarat kepada sesiapa. "
Komik ini saya kongsikan semula dari Serikandi Sang Pencipta.
Baca lebih banyak komik-komik Islam di Muslim Manga
Barakallahu Fikum~ ^_^
Tuesday, 16 February 2016
KISAH ANAK SOLEH...
Harini mun rasa tergerak hati nak cerita satu kisah tentang anak soleh. Pasti ramai pun tahu berkat anak soleh kepada ibu bapa bukan? Anak-anak soleh dan solehah ini merupakan saham akhirat untuk ibu bapa untuk ke syurga Allah. Jom mun kongsikan satu kisah.. Kisah ini berlaku pada zaman Nabi Musa..
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.
Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”.
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.” sambungnya. “Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh disisi Kami.”
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.”
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
[ Sumber : 1001 Kisah Teladan Karya Hani Al-Haj ]
Mari mun kongsikan satu video ceramah dari Ustaz Don Daniyal berkaitan anak yang soleh... Ceramah yang cukup menyayat hati.. Semoga kita tergolong dari anak-anak yang soleh dan solehah.. Amiin Ya Rabbal Alamiin..
Sunday, 14 February 2016
BAGAI MATI HIDUP SEMULA...
14/2/2016 - Sudah 4 bulan 1 minggu aku sah berhenti dari pengajian yang selama ini menjadi impian aku. Dari kecil aku impikan untuk menyambung pengajian sehingga peringkat universiti. Begitu juga impian ummi dan abah, untuk melihat aku berjaya sehingga ke puncak tertinggi.. Oleh kerana itu, aku tak kenal erti lelah..jatuh tersungkur pun aku bangun semula..payah..memang payah..sebab aku bukan dilahirkan bijak..tatkala yang lain baca sekali sudah faham, aku perlu berkali-kali.. Akhirnya, Allah balas usaha aku.. Selepas STPM, aku diterima masuk ke Universiti Malaysia Kelantan. Allahu..aku gembira tak terkata. Ummi dan abah apatah lagi.. Semasa membuat medical check up untuk masuk ke universiti, doktor telah mengesan sesuatu di imbasan x-ray pada bahagian paru-paru namun aku menyangkal dengan mengatakan aku cuma batuk-batuk kecil. Aku tak mahu berfikir bukan-bukan kerana tidak mahu hilangkan keterujaan aku melangkah ke alam Universiti..
Selama hampir 1 Semester aku berada di Kelantan, aku sangat gembira..apa yang aku impikan semasa aku kecil dah termakbul. Dalam kegembiraan itu, Dia datangkan ujian buat aku...Pada pertengahan Semester pertama aku mula rasa sesak nafas ketika tidur dan rasa sakit menyucuk-nyucuk di bahagian dada. Aku rahsiakan daripada rakan-rakan dan keluarga. Aku tak mahu mereka risau. Aku tidak pergi ke klinik kerana aku takut dengan keputusannya nanti..Aku tak kuat untuk terima. Perkara itu berlanjutan sehinggalah aku muntah berdarah dan terpaksa menjalani rawatan yang menyakitkan. Aku harap itu yang terakhir tapi ternyata tidak..
Aku diuji sekali lagi semasa semester 3 apabila disahkan mengidap Tuberculosis dan perlu menangguhkan pengajian aku selama 1 tahun untuk menjalani rawatan sepenuhnya buat kali yang kedua..Waktu itu, lagi beberapa minggu untuk exam final semester 3... Aku kecewa.. Aku menangis semahunya..Doktor memberitahu penyakitku sudah berada di tahap ketiga dan perlu menjalani rawatan intensif. Ketika itu aku sudah mula hilang suara sehingga hampir bisu dan kerap sesak nafas walaupun baru berdiri seketika kerana kuman sudah merebak ke bahagian paru-paru dan pita suara. Allah bersamaku... Aku mula menampakkan perubahan positif walaupun baru 5 bulan rawatan. Aku tak boleh putus asa kerana masih ada perjuangan yang tergendala. Aku nak sambung belajar semula..
Akhirnya, selepas hampir 1 tahun rawatan, aku dibenarkan untuk menyambung pengajian semula... Aku panjatkan syukur pada Ilahi kerana masih beri aku peluang untuk capai impianku.. perasaan berkobar-kobar seperti mula-mula nak mendaftar masuk dulu.. ^_^ Namun ujian datang sekali lagi, kali ini lebih hebat.. baru sahaja sebulan aku berada di Kelantan, aku dimasukkan semula ke hospital, di HUSM Kota Bharu akibat sesak nafas yang teruk dan suhu badan yang terlampau panas sehingga melebihi 41°C. Jangkitan kuman dikesan sudah mengalir ke saluran darah. Paru-paru yang sudah pun dijangkiti kuman sebelum ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan tekanan darah yang sangat rendah. Aku bernafas sepenuhnya menggunakan mesin pembantu. Selepas beberapa jam berada di wad zon merah, aku dihantar ke wad ICU. Aku lihat doktor-doktor sangat cemas sebaik sahaja aku tiba di wad ICU sehinggalah pandangan aku mula kabur. Waktu itu yang bersamaku untuk terus kuat hanyalah Allah dan ingatanku kepada keluargaku yang masih berada di Johor. Sesekali aku khuatir sempatkah keluarga aku untuk sampai ke Kelantan dan untuk ke Kelantan, kosnya bukanlah murah..Aku risau.. kerana aku bukan berasal dari keluarga senang. Bagaimana ummi dan abah nak datang kalau tiada duit. Lagi-lagi waktu itu sudah di akhir bulan.. Aku mendengar bacaan Yassin di tepi katilku dan kemudian beberapa ketika selepas itu terdengar pula bisikkan kalimah Lailahaillallah. Aku sebut perlahan-lahan kalimah itu dengan juraian air mata.. Berat hati aku untuk pergi selagi belum melihat ummi dan abah..Aku berdoa agar diberi kesempatan lagi. Aku sudah tidak berdaya. Dan akhirnya aku pejamkan mata.
Allah ternyata sangat mendengar doa hambanya...Alhamdulillah... bagai mati hidup semula...selepas 2 malam bertarung nyawa.. aku mula menunjukkan reaksi positif.. aku sudah boleh makan dan minum. Ummi dan abah pun tiba pada pagi hari kedua.. Namun, kesan daripada penyakit yang aku alami langsung tidak membenarkan aku menyambung pelajaran lagi lalu aku mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan masih perlu menyambung rawatan susulan di Johor. Aku tidak mahu menyusahkan ummi dan abah lagi untuk yang entah keberapa kali. Dah terlalu banyak masa dan wang ringgit dikorbankan untuk aku.. Cukuplah kali ini..
Aku bertekad untuk balas semula jasa ummi dan abah sungguhpun aku tahu aku takkan mampu balas kesemuanya. Disebabkan itu, sebaik sahaja selepas aku keluar dari hospital, aku terus mencari kerja yang sesuai dengan berbekalkan sijil-sijil dan kebolehan yang aku ada namun tak sedikit pun menarik perhatian si penemuduga bila sahaja melihat rekod kesihatan aku. Selepas mendapat banyak penolakan, akhirnya, aku diterima bekerja di sebuah kedai kek walaupun sudah diberitahu bahawa aku mepunyai asma. Mereka meminta aku mencuba dahulu. Aku terima dengan senang hati.. Tetapi, pada hari pertama bekerja, belum pun sampai 3 jam.. aku dah termengah-mengah kerana asma, tangan menggeletar, dan mata berpinar-pinar. Selepas dinasihati majikan, aku ambil keputusan untuk berhenti waktu itu juga dan majikan aku berbaik hati memberikan gaji walaupun baru 3 jam bekerja.
Sekarang, apa yang mampu aku buat untuk balas semula semua jasa ummi abah cumalah duduk di rumah membantu ummi serba sedikit kerja-kerja di rumah sementara ummi dan yang lain bekerja. Kalau penat, boleh berehat.. =) sambil belajar sikit-sikit menjadi suri rumah yang berjaya untuk bakal suami nanti..walaupun belum ada bakal suami..hehe!
Mungkin Allah ingin mengajar nilai syukur,
lalu ditimpakan kesusahan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati dengan sabar,
lalu diberikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri,
lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta padaNya,
lantas diberikan cinta kepada duniawi.
Tidak diberikan sesuatu itu sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah..
{Setiap Apa Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya..}
Selama hampir 1 Semester aku berada di Kelantan, aku sangat gembira..apa yang aku impikan semasa aku kecil dah termakbul. Dalam kegembiraan itu, Dia datangkan ujian buat aku...Pada pertengahan Semester pertama aku mula rasa sesak nafas ketika tidur dan rasa sakit menyucuk-nyucuk di bahagian dada. Aku rahsiakan daripada rakan-rakan dan keluarga. Aku tak mahu mereka risau. Aku tidak pergi ke klinik kerana aku takut dengan keputusannya nanti..Aku tak kuat untuk terima. Perkara itu berlanjutan sehinggalah aku muntah berdarah dan terpaksa menjalani rawatan yang menyakitkan. Aku harap itu yang terakhir tapi ternyata tidak..
Aku diuji sekali lagi semasa semester 3 apabila disahkan mengidap Tuberculosis dan perlu menangguhkan pengajian aku selama 1 tahun untuk menjalani rawatan sepenuhnya buat kali yang kedua..Waktu itu, lagi beberapa minggu untuk exam final semester 3... Aku kecewa.. Aku menangis semahunya..Doktor memberitahu penyakitku sudah berada di tahap ketiga dan perlu menjalani rawatan intensif. Ketika itu aku sudah mula hilang suara sehingga hampir bisu dan kerap sesak nafas walaupun baru berdiri seketika kerana kuman sudah merebak ke bahagian paru-paru dan pita suara. Allah bersamaku... Aku mula menampakkan perubahan positif walaupun baru 5 bulan rawatan. Aku tak boleh putus asa kerana masih ada perjuangan yang tergendala. Aku nak sambung belajar semula..
Akhirnya, selepas hampir 1 tahun rawatan, aku dibenarkan untuk menyambung pengajian semula... Aku panjatkan syukur pada Ilahi kerana masih beri aku peluang untuk capai impianku.. perasaan berkobar-kobar seperti mula-mula nak mendaftar masuk dulu.. ^_^ Namun ujian datang sekali lagi, kali ini lebih hebat.. baru sahaja sebulan aku berada di Kelantan, aku dimasukkan semula ke hospital, di HUSM Kota Bharu akibat sesak nafas yang teruk dan suhu badan yang terlampau panas sehingga melebihi 41°C. Jangkitan kuman dikesan sudah mengalir ke saluran darah. Paru-paru yang sudah pun dijangkiti kuman sebelum ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan tekanan darah yang sangat rendah. Aku bernafas sepenuhnya menggunakan mesin pembantu. Selepas beberapa jam berada di wad zon merah, aku dihantar ke wad ICU. Aku lihat doktor-doktor sangat cemas sebaik sahaja aku tiba di wad ICU sehinggalah pandangan aku mula kabur. Waktu itu yang bersamaku untuk terus kuat hanyalah Allah dan ingatanku kepada keluargaku yang masih berada di Johor. Sesekali aku khuatir sempatkah keluarga aku untuk sampai ke Kelantan dan untuk ke Kelantan, kosnya bukanlah murah..Aku risau.. kerana aku bukan berasal dari keluarga senang. Bagaimana ummi dan abah nak datang kalau tiada duit. Lagi-lagi waktu itu sudah di akhir bulan.. Aku mendengar bacaan Yassin di tepi katilku dan kemudian beberapa ketika selepas itu terdengar pula bisikkan kalimah Lailahaillallah. Aku sebut perlahan-lahan kalimah itu dengan juraian air mata.. Berat hati aku untuk pergi selagi belum melihat ummi dan abah..Aku berdoa agar diberi kesempatan lagi. Aku sudah tidak berdaya. Dan akhirnya aku pejamkan mata.
Allah ternyata sangat mendengar doa hambanya...Alhamdulillah... bagai mati hidup semula...selepas 2 malam bertarung nyawa.. aku mula menunjukkan reaksi positif.. aku sudah boleh makan dan minum. Ummi dan abah pun tiba pada pagi hari kedua.. Namun, kesan daripada penyakit yang aku alami langsung tidak membenarkan aku menyambung pelajaran lagi lalu aku mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan masih perlu menyambung rawatan susulan di Johor. Aku tidak mahu menyusahkan ummi dan abah lagi untuk yang entah keberapa kali. Dah terlalu banyak masa dan wang ringgit dikorbankan untuk aku.. Cukuplah kali ini..
Aku bertekad untuk balas semula jasa ummi dan abah sungguhpun aku tahu aku takkan mampu balas kesemuanya. Disebabkan itu, sebaik sahaja selepas aku keluar dari hospital, aku terus mencari kerja yang sesuai dengan berbekalkan sijil-sijil dan kebolehan yang aku ada namun tak sedikit pun menarik perhatian si penemuduga bila sahaja melihat rekod kesihatan aku. Selepas mendapat banyak penolakan, akhirnya, aku diterima bekerja di sebuah kedai kek walaupun sudah diberitahu bahawa aku mepunyai asma. Mereka meminta aku mencuba dahulu. Aku terima dengan senang hati.. Tetapi, pada hari pertama bekerja, belum pun sampai 3 jam.. aku dah termengah-mengah kerana asma, tangan menggeletar, dan mata berpinar-pinar. Selepas dinasihati majikan, aku ambil keputusan untuk berhenti waktu itu juga dan majikan aku berbaik hati memberikan gaji walaupun baru 3 jam bekerja.
Sekarang, apa yang mampu aku buat untuk balas semula semua jasa ummi abah cumalah duduk di rumah membantu ummi serba sedikit kerja-kerja di rumah sementara ummi dan yang lain bekerja. Kalau penat, boleh berehat.. =) sambil belajar sikit-sikit menjadi suri rumah yang berjaya untuk bakal suami nanti..walaupun belum ada bakal suami..hehe!
Mungkin Allah ingin mengajar nilai syukur,
lalu ditimpakan kesusahan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati dengan sabar,
lalu diberikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri,
lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta padaNya,
lantas diberikan cinta kepada duniawi.
Tidak diberikan sesuatu itu sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah..
{Setiap Apa Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya..}
“Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di jalan yang lurus."
(Surah Hud : 56)
Sunday, 30 August 2015
KISAH HARI PEMBALASAN...
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.
Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
...
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?”
Tiada siapa yang menjawab.
Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.
Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka.
Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).
Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka - nafsi-nafsi
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala.
Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.
Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.
Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.
Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.
Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.
Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.
Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.
Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun.
Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi".
Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.
Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala.
Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw.
Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.
Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.
Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar.
Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang .
Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut.
Lalu dimulakan timbangan amal.
Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.
Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.
Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun.
Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi.
Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka.
Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat.
Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka.
Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki.
Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.
Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya.
999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Saturday, 25 July 2015
SIRATUL MUSTAQIM
Sahabat tanya nabi klu gelap mcmna kita nak melintasinya.
Kata nabi...dgn cahaya yg keluar dari anggota kita. Terang ke malap cahaya kita tu bergantung pd amalan kita masa di dunia.
Ada org anggotanya bercahaya terang benderang...senanglah dia melintas titian sirat.
Ada orang cahayanya terdpt pada ibu jari kakinya sahaja...maka melintaslah dia dgn cahaya yg terbatas itu.
Ada orang pula cahayanya kejap ada...kejap padam...msa keluar cahaya dia pun berjalan..masa cahaya hilang dia stop dulu...begitulah dia sepnjg perjlnannya.
Ya Allah..dgr mcm ni.. kita rasa kita orang yg punyai cahaya yg gilang gemilang... yg sekejap ada sekejap xde...atau yg bercahaya pd hujung kakinya shj??
Takutnyaaa...
Doa Rasulullah memohon cahaya.
Ya Allah,
Jadikanlah cahaya di dalam penglihatanku,
Jadikan cahaya di pendengaranku,
Jadikan cahaya di lisanku,
Jadikan cahaya di dalam hatiku,
Jadikan cahaya di kananku,
Jadikan cahaya di kiriku,
Jadikan cahaya di depanku,
Jadikan cahaya di belakangku,
Jadikan cahaya di atasku,
Jadikan cahaya di bawahku,
Jadikan untukku cahaya di hari Kiamat,
dan anugerahkanlah kepadaku cahaya yang gilang gemilang.
Aamiin Ya Rabbal'alamiin..
Ahli2 syurga adalah orang-orang yang tidak akan berckp perkara-perkara yang lagha
Ahli2 syurga adalah orang yang bila bercakap tidak akan mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati orang lain.
Ahli2 syurga adalah orang-orang yang waktu senggangnya hanya dihabiskan dengan membaca quran dan melafazkan zikir memuji Allah.
Kata nabi saw....Ahli neraka itu dia tidak mati dan tidak hidup....maknanya dia kejap mati ....kejap hidup...begitulah hingga tamat tempohnya di neraka itu.
Tubuh bdn anak Adam dilebarkan oleh Allah di dlm neraka bbrp hasta supaya kesakitan yg dirasai itu lebih banyak...
Neraka itu terlalu gelap kerana apinya terlalu panas.
Bygkan brp lama di neraka kerana kerana dosa2?
Seseorang yang hidup sentiasa dalam ketaatan kpd Allah..doa para ulamak agar orang ini juga akan mati dlm ketaatan kepada Allah.
Ada yg dibakar hingga tamat tempoh...kemudian bila dah habis tu dia diam di dlm neraka menjadi arang....hinggalah tiba masa semuanya keluar masuk ke syurga....
Bayangkan...org bukan islam ni brp lama dia akn tinggal di neraka Allah. Sb itu kadang2 mengalir air mata kita bila kita lihat lalu nya jenazah org2 yg bkn islam...
Nabi kita akan tunggu semua umatnya masuk ke syurga barulah nabi melangkah masuk ke syurga.
Diriwayatkn nabi tunggu sampai org yg terakhir melintas titian sirat....dia berjln dgn lambatnya. Nabi tunggu.
Titian tu gelap sb ia dibentangkn di atas neraka jahannam.
Di hadapan titian sirat itulah syurga. Ada yg berjln selaju angin...ini orang2 yg tidak pernah sakitkan hati orang...sentiasa memberi dpd menerima.
Orang yg terakhir ni...orang yg imannya plg lemah...
Diriwayatkan syurga ni...pinggirnya saja sudah terlalu indah..belum lagi masuk ke dlm nya....ahli syurga ni suara pun sedap bunyinya.
Lps dia melintas titian sirat td...dia melihat sbtg pokok besar yg di bwhnya ada air yg mngalir. Dia minta pd Allah utk duduk di situ...Allah kata duduk lah...
Kemudian di dpn lagi dia tgok ada pokok lain yg lagi indah...dia mintak nk berada di bwh pokok tu....Allah pun izin..
Kemudian dia tgok lagi di hdpnnya pokok yg lagi indah ...yg ada byk lagi kenikmatan...dia pun mintak lagi nk duduk di situ...Allah pun benarkan juga.
Dari situ dia dgr suara2 orang di dlm syurga..suara2 itu begitu merdu....dia minta dgn Allah utk masuk dlm syurga. Allah pun benarkan...
Bila masuk...dia keluar semula....dia tanya Allah...adakah tempat utk dia?
Allah kata...pernah tak dgr masa di dunia dulu org yg plg kaya? Dia kata pernah...Allah kata sesungguhnya untuk mu akan ku anugerahkan 10x ganda malah lebih2 lagi berbnding kekayaan org yg plg kaya tu.... masyaAllah betapa pemurahnya Allah. Orang yg plg last pun diberi nikmat sebegitu besar...apatah lagi org2 yg taat pd Allah.
#sampaikan kebaikan walau sebaris ayat..moga bermanfaat
Sungguh perjalanan di dunia ini pun sebenarnya gelap pekat ujian di mana2.. kita di pesongkan dengan hal lagha terlalu byk.. jalan yg dekat jadi jauh.. jalan yg mudah yg rumit kita ambil... sahabat yang di jalan mengenal amat sedikit.. syaitan pula hatinya sakit di perangkap kita menjerit2.. Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah... akhirnya kita sedar kita kena yakin pada naluri sendiri yang perlu di bimbing.. yakin bulat hanya pada Allah
Saturday, 13 June 2015
SETIA HINGGA KE SYURGA....
Setia Hingga Ke Syurga
"...Mengapa kita ditemukan
dan akhirnya kita dipisahkan
mungkinkah menguji kesetiaan
kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan..."
Hingga saat ini, nasyid Untukmu Teman masih mesra menyapa telinga, tenggelam dalam kenangan yang bisa membasahkan jiwa, menyegarkan iman untuk terus memperjuangkan cintaNya.
Masih teringat tatkala seorang sahabat tidak jemu menarik tangan ini, untuk mendaki puncak bukit itu yang curam lagi tinggi. Saat itu, diri ini lemah dan lelah kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan waktu itu. Tetapi sahabat seorang itu tidak lelah menarik tangan ini untuk terus melangkah ke puncak. Mudah-mudahan, tangan itu juga yang tidak lepas menarik tanganku untuk terus melangkah menuju ke syurgaNya.
Masih teringat tatkala indahnya berbulatan cinta bersama mereka. Juga tatkala betapa seronoknya duduk dalam lingkaran bahagia, lepak bersama dalam menggapai redhaNya di tepi tasik dan air terjun. Mudah-mudahan, kita dapat lagi berbulatan cinta di syurgaNya, di tepi-tepi sungai nyaman di dalam syurga.
Masih teringat tatkala seorang sahabat dengan penuh sabar menunggu di hospital, sementelahan diri ini ditahan di wad selama beberapa jam. Mudah-mudahan, sahabat itu sabar juga menuntuni diri ini bersamanya untuk ke syurga.
Masih teringat lagi tatkala bertemu sahabat seorang ini, pasti diri akan menangis hiba, dek kerana usikan yang tidak putus-putus daripadanya. Mudah-mudahan, kami dapat bertemu di syurgaNya, bergurau dan bercanda, menangis dengan gembira bertemunya di sana.
Masih teringat lagi tatkala bertemu sahabat ini, pasti tanpa ragu akan belanja makan buat diri ini. Kemudian, kami akan makan bersama-sama dan saling bertukar rasa. Mudah-mudahan, kami dapat makan secara berjemaah lagi di syurgaNya, dengan rezeki yang tidak habis-habis di sana.
Masih teringat lagi tatkala bertemu dengan sahabat yang selalu meluahkan curahan hati, lelah dalam urusan duniawi yang memberi untung kepada ukhrawi. Mudah-mudahan, kami dapat bertemu di syurgaNya, saling mengungkap bahagia dan berkongsi cerita.
Sesungguhnya, begitu banyak kebaikan yang disebarkan oleh mereka, menjadikan diri ini bahagia kerana memilik mereka. Mereka juga telah banyak mendidikku dalam menjadi manusia yang bermanfaat kepada yang lain. Seperti hadith Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam riwayat At-Thabarani yang bermaksud;
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain."
Pintaku wahai sahabat kecintaanku, mudah-mudahan kalian tidak melupakanku dalam doamu. Wahai sahabat, jangan lupa bertanyakan tentangku nanti, jika kalian mendapati bahawa diri ini tiada di syurga pada pertemuan itu nanti.
Mudah-mudahan kita terus setia berukuwwah hingga ke syurga.
Mudah-mudahan kita terus setia mendukung agamaNya dan dengan rahmatNya kita bisa reunion di sana.
Fi amanillah.
Sayang kalian kerana Allah.
Fastaqim kama umirta!
"Pada hari itu, sahabat-sahabat karib; sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)."
(Az-Zukhruf: 67)
Ya Allah, aku memohon padaMu, kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat pada syariatMu. Kekalkanlah persahabatan kami sehingga kami bertemu kembali di syurgaMu. InshaaAllah.
Aaameen, ya Rabb.
Subscribe to:
Posts (Atom)