aip! jangan nakal...

Saturday 5 March 2016

DEMI ALLAH, AKU TAKKAN MENYENTUHMU...

Bismillahirramanirrahim...

InsyaAllah, harini teringin nak kongsikan sebuah komik yang mengisahkan kemuliaan hati seorang lelaki muslim yang cintakan Allah. Komik yang sangat menyentuh hati...

Komik ini diadaptasi dari kisah benar ditulis oleh Maulana Siddiue Ahmed Zahed Mudda Zilluhu di dalam bukunya " Adaa'bul Muta'allimeen".

Dilukis oleh Nurel Yana Maurad dengan tajuk The Pious Student.

Selamat membaca & beroleh manfaat ^_^ Amiin.





Ada seorang pemuda pelajar yang belajar di Delhi. Hari sudahpun malam, & dia duduk bersendirian di satu Masjid, belajar di bawah cahaya lampu.


Di tempat yang sama, seorang gadis dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya.
Tiba-tiba, satu kekacauan berlaku & jalan-jalan di situ menjadi tidak selamat.


Gadis itu tak dapat mencari tempat untuknya berlindung, kecuali Masjid yang satu itu.


Bila pemuda pelajar itu melihat gadis tersebut, dia menyuruh gadis itu meninggalkan tempat itu dengan segera.



Bila mendengar penjelasan gadis itu, pemuda pelajar itu diam & meminta gadis itu duduk di satu sudut.
Pemuda pelajar itu kemudiannya kembali ke sudut ruang belajarnya dan belajar sepanjang malam.




Sambil dia mentelaah, dia berkali-kali meletakkan hujung jarinya pada api di lampu belajarnya.


Gadis muda itu telah memerhatikan tindak-tanduk lelaki itu.








Gadis itu adalah anak kepada seorang kaya & dia bakal ditunangkan dengan seorang kaya yang lain.


Selepas peristiwa itu gadis tersebut menolak pertunangan tersebut & berkata, ” Saya ingin mengahwini seorang pemuda pelajar yang tinggal di masjid yang tersebut.”
Ibubapa & saudara-maranya mula memujuknya. Dan ramai yang mula memandang serong terhadapnya.
Menyedari perkara itu, gadis itu pun menceritakan keseluruhan peristiwa yang telah berlaku sebelum itu, & berkata,
"Saya hanya akan berkahwin dengan dia kerana dia mempunyai perasaan takut kepada Allah di dalam hati . Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah tidak akan menyebabkan mudarat kepada sesiapa. "






Komik ini saya kongsikan semula dari Serikandi Sang Pencipta.

Baca lebih banyak komik-komik Islam di Muslim Manga

Barakallahu Fikum~ ^_^





1 comment:

  1. Bet365 1XBET Korean Betting Site | Legalbet
    Bet365 is a legitimate betting site with a solid selection of sports, as well 1xbet india as a huge selection of markets. There is a wide range of odds, markets and  Rating: 7/10 · ‎Review by legalbet.co.kr

    ReplyDelete