aip! jangan nakal...

Thursday 4 June 2015

IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF ( REKA BENTUK KOMUNIKASI ) DENGAN KEPUJIAN



Eh! Eh! dah kenapa tiba2 tukar course ni... sebelum ni kan mun ambil IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (REKA BENTUK INDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN...hhaahaha! yup! saya tahu..nama course ni memang panjang~ punyalah struggle dulu nak sit dalam course tu... sekarang dah tukar pulak dah?? aip.. jangan terkejut dulu... sebelum tu kita cerita dulu serba sedikit ex-course saya ni k...

IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (REKA BENTUK INDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN..
antara sketches industrial design..yup! it's not easy...hmm~
-APAKAH REKA BENTUK PERINDUSTRIAN??-

Reka Bentuk Perindustrian ni adalah bidang yang berkaitan dengan merekacipta dan membangunkan konsep serta spesifikasi yang memenuhi fungsi, nilai, bentuk luaran sesuatu produk untuk kebaikan pengguna dan pengeluar. Bidang ini adalah seni gunaan yang menggabungkan penggunaan dan seni menghasilkan produk yang baik dan sesuai untuk pengguna..

Susah nak faham ke? Okey.. okey...Dengan erti kata yang lain, bidang ni bukan berkaitan dengan rekaan gear, litar, atau bagaimana produk berfungsi tetapi lebih kepada bentuk sesuatu produk bagi memudahkan pengguna menggunakannya.. Dan yang paling penting..cantik di pandangan mata...biasalah zaman sekarang..ramai pengguna yang lebih gemarkan produk yang sleek, simple dan sekaligus sesuai dengan selera mata kan? kan? samalah macam saya pun... bila tengok dari jauh macam cantik je..mesti nak datang dekat dan start belek... yup! itulah first approach pengguna untuk produk-produk yang kita design dan high possibility untuk mereka beli..okey faham?

Antara perekabentuk industri yang famous ialah :

      -Karim Rashid-
Dia ni designs macam2 seperti luxury goods, furniture, lighting, surface design, brand identity, termasuklah packaging..


Okey ni lagi sorang...
-Philippe Starck-
Dia ni French designer.. dia berkecimpung dalam interior, product industrial dan architectural design work..

Untuk pengetahuan anda, perekabentuk industri ni adalah profesian yang berada di antara jurutera dan seniman.. Mereka bukan jurutera ataupun seniman tetapi seseorang yang dapat mengimbangkan penggunaan seni dan fungsi menghasilkan sesuatu produk yang sesuai untuk digunakan pengguna. Bagi perekabentuk, mereka perlu menghasilkan sesuatu produk yang cantik, ergonomik dan sesuai digunakan. Kesimpulannya, perekabentuk industri mencipta produk baru yang memenuhi keperluan manusia~

Okey..sampai sini faham kan? sekarang mari saya beritahu PROSPEK KERJAYA untuk course yang semacam ini...

Career Opportunities dalam bidang ni memang best.. antaranya seperti 

Consumer Product Designer
Furniture Designer
Automotive Designer
Toy Designer
Exhibition Designer
CAD Designer
Set Designer
Environmental Designer
Researcher
R&D Manager
Jewellery Designer
Signage Designer.

Bagi siapa2 yang nak berkecimpung dalam bidang ni..yang paling penting! kena percaya diri k.. kreatif? trust me.. dia akan datang sendiri... semua orang ade kreatifnya..percayalah! cuma perlu asah je..kenapa saya cakap macam tu? sebab masa saya sekolah menengah sampailah STPM, saya langsung tak belajar melukis..okey, adalah lukis2 jugak time sekolah rendah sampai tingkatan 3..lepas tu dah tak lukis langsung... masuk je tingkatan 4, saya ambil agriculture.. dan bila STPM saya ambil Business... masuk Universiti, baru saya ambil drawing class..slow2 catch up..dah lama sikit, not bad jugak lukisan I uolss..hikhik! tapi, kenapa asyik tukar2 bidang je nih? hahaha! tu malas nak jawab... sekurang-kurangnya saya ada multi knowledge..ye dak? ^_^ Ingat! yang paling penting sekali..percaya dan usaha! k!

Sempat hampir 1 tahun jugaklah saya ambik course ni... tapi terpaksa tukar jugak sebelum final sebab faktor kesihatan yang memang langsung tak mengizinkan saya ambil course industrial design nih.. Industrial design perlu selalu masuk dalam bengkel untuk proses menyiapkan model2 yang kita dah sketch tu...Sebelum ni saya tak ada asma.. jadi sebab tulah saya berani amik course ni... bila saya  disahkan mengidap Tuberculosis, secara tak langsung saya mengidap asma..dan asma saya sangat teruk!! teruk macam mana? biar saya jelah yang tahu.. =)

Disebabkan itu.. En. Helmi merangkap lecturer saya menyarankan saya untuk menukar course.. 

jadi sekarang saya mengikuti kursus ----->

IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF ( REKA BENTUK KOMUNIKASI ) DENGAN KEPUJIAN

Mari saya cerita sikit course baru saya ni...


Ini adalah contoh2 design untuk komunikasi visual

-APAKAH REKA BENTUK KOMUNIKASI??-

Reka Bentuk Komunikasi atau Komunikasi Visual ini adalah bidang seni yang berkaitan dengan Reka Bentuk Grafik. Ia adalah bidang rekaan yang berkaitan dengan identiti korporat, rekaan bahan penerbitan, tipografi, rekaan iklan, poster dan pembungkusan.

Saya pun masih explore pasal course baru saya ni... belum ikuti mana2 kelas lagi sebab menjalani rawatan dekat Johor ni.. InsyaAllah bulan 9 ni.. saya akan dapat sambung semula perjuangan yang tergendala tu.. dan start belajar Komunikasi Visual ni.. seronoknya!! tak sabar nak belajar benda baru... untuk siapa2 yang nak tahu lebih lanjut apa yang dibelajor dalam course Komunikasi Visual ni bolehlah jenguk2 blog ni ae---->Blog Cikgu Seni

Career Opportunities untuk bidang ni pun tak kurang hebatnya :

Freelance Designer
Art Director
Print Production Artist
Web Designer
Copywriter
Print Production Manager
Manager or Director Web Developer (front end/interface system)
Web Programmer (back end system)
Web Producer/Senior Producer/ Executive Producer
Content Developer
Commercial Artist
Game Designer/Developer
Graphic Designer
Interactive Media Designer
Museum Exhibition Designer

Akhir kata... semoga berjaya untuk awak!!...dan saya..^^ hihi.. When Times Get Tough Get Strong!! InsyaAllah Pasti Berjaya!! Doa pun jangan lupa yep~

HasbunAllahu wa ni'mal wakeel.
Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik Pelindung
(3:173)

Bye..Assalamualaikum~



8 comments:

  1. Kawe ambik logam halus,lepas grad pernah keja nga bank negara sebagai designer

    ReplyDelete
  2. Kawe ambik logam halus,lepas grad pernah keja nga bank negara sebagai designer

    ReplyDelete
  3. Nie mesti student ftkw kannn. Really, saya dah konvo dah 2016 tempoh ary. Now, tgh carik kerja. Anyway, saya dulu amek course visual communication design..

    ReplyDelete
  4. Nie mesti student ftkw kannn. Really, saya dah konvo dah 2016 tempoh ary. Now, tgh carik kerja. Anyway, saya dulu amek course visual communication design..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Ap pendapat cik dlam bidang ni.. Cik dh kerja bidang ni? ? Maaf saya bertanya sbb adik sya dapat course ni jadi saya tgh cari maklumat berkaitan. .

      Delete
  5. Kalau ambik bidang teknologi maklumat dan komunikasi(digital teknologi) nak tukar course ni boleh ke?

    ReplyDelete