aip! jangan nakal...

Saturday, 13 June 2015

SETIA HINGGA KE SYURGA....



Setia Hingga Ke Syurga

"...Mengapa kita ditemukan
dan akhirnya kita dipisahkan
mungkinkah menguji kesetiaan
kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan..."


Hingga saat ini, nasyid Untukmu Teman masih mesra menyapa telinga, tenggelam dalam kenangan yang bisa membasahkan jiwa, menyegarkan iman untuk terus memperjuangkan cintaNya.


Masih teringat tatkala seorang sahabat tidak jemu menarik tangan ini, untuk mendaki puncak bukit itu yang curam lagi tinggi. Saat itu, diri ini lemah dan lelah kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan waktu itu. Tetapi sahabat seorang itu tidak lelah menarik tangan ini untuk terus melangkah ke puncak. Mudah-mudahan, tangan itu juga yang tidak lepas menarik tanganku untuk terus melangkah menuju ke syurgaNya.


Masih teringat tatkala indahnya berbulatan cinta bersama mereka. Juga tatkala betapa seronoknya duduk dalam lingkaran bahagia, lepak bersama dalam menggapai redhaNya di tepi tasik dan air terjun. Mudah-mudahan, kita dapat lagi berbulatan cinta di syurgaNya, di tepi-tepi sungai nyaman di dalam syurga.








Masih teringat tatkala seorang sahabat dengan penuh sabar menunggu di hospital, sementelahan diri ini ditahan di wad selama beberapa jam. Mudah-mudahan, sahabat itu sabar juga menuntuni diri ini bersamanya untuk ke syurga.


Masih teringat lagi tatkala bertemu sahabat seorang ini, pasti diri akan menangis hiba, dek kerana usikan yang tidak putus-putus daripadanya. Mudah-mudahan, kami dapat bertemu di syurgaNya, bergurau dan bercanda, menangis dengan gembira bertemunya di sana.


Masih teringat lagi tatkala bertemu sahabat ini, pasti tanpa ragu akan belanja makan buat diri ini. Kemudian, kami akan makan bersama-sama dan saling bertukar rasa. Mudah-mudahan, kami dapat makan secara berjemaah lagi di syurgaNya, dengan rezeki yang tidak habis-habis di sana.


Masih teringat lagi tatkala bertemu dengan sahabat yang selalu meluahkan curahan hati, lelah dalam urusan duniawi yang memberi untung kepada ukhrawi. Mudah-mudahan, kami dapat bertemu di syurgaNya, saling mengungkap bahagia dan berkongsi cerita.


Sesungguhnya, begitu banyak kebaikan yang disebarkan oleh mereka, menjadikan diri ini bahagia kerana memilik mereka. Mereka juga telah banyak mendidikku dalam menjadi manusia yang bermanfaat kepada yang lain. Seperti hadith Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam riwayat At-Thabarani yang bermaksud;


"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain."

Pintaku wahai sahabat kecintaanku, mudah-mudahan kalian tidak melupakanku dalam doamu. Wahai sahabat, jangan lupa bertanyakan tentangku nanti, jika kalian mendapati bahawa diri ini tiada di syurga pada pertemuan itu nanti.


Mudah-mudahan kita terus setia berukuwwah hingga ke syurga.


Mudah-mudahan kita terus setia mendukung agamaNya dan dengan rahmatNya kita bisa reunion di sana.


Fi amanillah.


Sayang kalian kerana Allah.

Fastaqim kama umirta!



"Pada hari itu, sahabat-sahabat karib; sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)."
(Az-Zukhruf: 67)



Ya Allah, aku memohon padaMu, kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat pada syariatMu. Kekalkanlah persahabatan kami sehingga kami bertemu kembali di syurgaMu. InshaaAllah.


Aaameen, ya Rabb.

TANYAKAN TENTANGKU


Diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak dalam satu hadith bermaksud;


Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemui sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia. Mereka pun bertanya kepada Allah tentang sahabat mereka, "Ya Rabb, kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami.


Maka Allah berfirman, "Pergilah kamu ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah."


Sepertimana Ibnul Jauzi berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis, "Jika kalian tidak menemukanku nanti di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku;


'Wahai Rabb kami, hambaMu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau. Maka, masukkanlah dia bersama kami di syurgaMu.'"







Terasa sangat bertuah dan beruntung kerana diri al-faqir yang hina ini dikelilingi dengan mereka yang baik-baik, sentiasa diingatkan oleh orang-orang yang soleh. Sungguh besar nikmat yang dikurniakan ini iaitu memiliki saudara-saudara yang mahukan syurga tertinggi sebagai impian yang perlu dilestari dan dimaknakan menjadi realiti.


Sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Hujurat, ayat kesepuluh yang bermaksud;


"Sesungguhnya, orang-orang mukmin itu bersaudara."



Seperti sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang diriwayatkan Imam Abu Dawud yang bermaksud,


"Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah terdapat orang-orang yang bukan nabi, dan bukan pula syuhada. Tetapi bahkan para nabi dan syuhada cemburu pada mereka di hari kiamat nanti, disebabkan kedudukan yang diberikan Allah kepada mereka."


"Ya Rasulullah, beritahukanlah kepada kami, siapa mereka?" ujar sahabat.


"Mereka itu adalah segolongan manusia yang saling mencintai kerana rahmat Allah. Bukan oleh sebab keturunan dan darah. Bukan kerana pemberian harta. Demi Allah, wajah mereka pada hari itu bersinar cemerlang dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak merasa khuatir tatkala manusia lain ketakutan. Dan mereka tidak tidak bersedih ketika manusia lain berduka." jawab baginda.


Mudah-mudahan, kita adalah golongan yang dicemburukan oleh para nabi dan syuhada itu. Kerana jauh di lubuk hati ini, hati ini benar-benar menyayangi kalian semua kerana Allah. Walaupun kita bukanlah daripada keturunan yang sama, sesungguhnya hati ini tidak dapat menafikan bahawa kalian sudah dianggap seperti keluarga kandung sendiri. Walaupun kita dipisahkan oleh jarak dan masa, jauh di sudut hati, mengharapkan mereka tidak alpa menyelitkan namaku jua tatkala merintih memohon kepada Yang Maha Kuasa.

"Pada hari itu, sahabat-sahabat karib; sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)."
(Az-Zukhruf: 67)

Sunday, 7 June 2015

DAJJAL???


Assalamualaikum... jom saya kongsi sikit pasal Dajjal ni....

....Dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah untuk menguji keimanan manusia...Makanan orang-orang beriman ketika Dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).


..Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"Tidak. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar."
..Kita kena berpuasa sunat selalu sebab waktu Dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi.

..Antara kelebihan-kelebihan yang Allah bagi dekat Dajjal:
- Boleh menyuburkan tanaman.
- Boleh turunkan hujan.
- Menghidupkan yang sudah mati.

..Macam mana Dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?
"Pergerakan Dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin. Sangat laju!"..Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. Semua pemerintahan nanti akan berada di bawahnya. Bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tuhan.

..Nanti , Dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. Siapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. Siapa tak mengaku, derita.

..Hari pertama Dajjal dekat dunia = Setahun.
Hari ke 2 = Sebulan.
Hari ke 3 = Seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.

..Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya.

..Sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya.."Jika Dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya."

- Nabi Muhammad SAW -
..Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk menyakinkan kita yang dia tu tuhan. Sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!

.."Jika kamu berjumpa dengan Dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi."
- Nabi Muhammad SAW -


Surah Al-Kahfi jika diamalkan akan memberikan banyak manfaat kepada pengamalnya untuk melihat perancangan Dajjal yang berlaku di sekeliling kita.Surah Al-Kahfi juga adalah bacaan terbaik pada hari Jumaat

Untuk nak tahu lagi info berkenaan ayat pelindung diri dari fitnah Dajjal bolehlah ke sini---->

Nabi dah berpesan. Jom amalkan!

.. Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh Dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.

..Waktu Dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. Tak ada siapa boleh menolong waktu tu sekalipun seorang ibu nak tolong anaknya.

.."Kalau kita menyorok dalam air, selamat tak dari Dajjal"?
Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan Dajjal tu di darat, laut dan udara.
Tak boleh lari..."Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng dia tu."

- Syeikh Zainul Asri -
.. Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf, Fa dan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan.




..Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. Neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka Dajjal sebenarnya adalah syurga dan Syurga Dajjal adalah hakikatnya neraka.

..Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas Dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti...Amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi, maka kamu akan terselamat daripada fitnah Dajjal. 

Ni hadis Nabi SAW.
..Sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal."
.. "Yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh Dajjal."
- Nabi Muhammad SAW -


Orang yang malas nak ambil tahu pasal Dajjal ni, mereka tak tahu betapa hebatnya huru hara yang akan dibawa oleh Dajjal nanti.

Bagi sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal Dajjal ni.. bolehlah try baca buku KONSPIRASI DAJJAL ni... mungkin boleh bertambah lagi ilmu tentang Dajjal...

time masuk wad dulu, try baca buku ni buat hilang boring... banyak ilmu didalam..

Sekian sahaja dulu daripada saya... Nanti kalau ada apa2 info saya kongsi lagi ae.. Assalamualaikum =)


Thursday, 4 June 2015

IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF ( REKA BENTUK KOMUNIKASI ) DENGAN KEPUJIAN



Eh! Eh! dah kenapa tiba2 tukar course ni... sebelum ni kan mun ambil IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (REKA BENTUK INDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN...hhaahaha! yup! saya tahu..nama course ni memang panjang~ punyalah struggle dulu nak sit dalam course tu... sekarang dah tukar pulak dah?? aip.. jangan terkejut dulu... sebelum tu kita cerita dulu serba sedikit ex-course saya ni k...

IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (REKA BENTUK INDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN..
antara sketches industrial design..yup! it's not easy...hmm~
-APAKAH REKA BENTUK PERINDUSTRIAN??-

Reka Bentuk Perindustrian ni adalah bidang yang berkaitan dengan merekacipta dan membangunkan konsep serta spesifikasi yang memenuhi fungsi, nilai, bentuk luaran sesuatu produk untuk kebaikan pengguna dan pengeluar. Bidang ini adalah seni gunaan yang menggabungkan penggunaan dan seni menghasilkan produk yang baik dan sesuai untuk pengguna..

Susah nak faham ke? Okey.. okey...Dengan erti kata yang lain, bidang ni bukan berkaitan dengan rekaan gear, litar, atau bagaimana produk berfungsi tetapi lebih kepada bentuk sesuatu produk bagi memudahkan pengguna menggunakannya.. Dan yang paling penting..cantik di pandangan mata...biasalah zaman sekarang..ramai pengguna yang lebih gemarkan produk yang sleek, simple dan sekaligus sesuai dengan selera mata kan? kan? samalah macam saya pun... bila tengok dari jauh macam cantik je..mesti nak datang dekat dan start belek... yup! itulah first approach pengguna untuk produk-produk yang kita design dan high possibility untuk mereka beli..okey faham?

Antara perekabentuk industri yang famous ialah :

      -Karim Rashid-
Dia ni designs macam2 seperti luxury goods, furniture, lighting, surface design, brand identity, termasuklah packaging..


Okey ni lagi sorang...
-Philippe Starck-
Dia ni French designer.. dia berkecimpung dalam interior, product industrial dan architectural design work..

Untuk pengetahuan anda, perekabentuk industri ni adalah profesian yang berada di antara jurutera dan seniman.. Mereka bukan jurutera ataupun seniman tetapi seseorang yang dapat mengimbangkan penggunaan seni dan fungsi menghasilkan sesuatu produk yang sesuai untuk digunakan pengguna. Bagi perekabentuk, mereka perlu menghasilkan sesuatu produk yang cantik, ergonomik dan sesuai digunakan. Kesimpulannya, perekabentuk industri mencipta produk baru yang memenuhi keperluan manusia~

Okey..sampai sini faham kan? sekarang mari saya beritahu PROSPEK KERJAYA untuk course yang semacam ini...

Career Opportunities dalam bidang ni memang best.. antaranya seperti 

Consumer Product Designer
Furniture Designer
Automotive Designer
Toy Designer
Exhibition Designer
CAD Designer
Set Designer
Environmental Designer
Researcher
R&D Manager
Jewellery Designer
Signage Designer.

Bagi siapa2 yang nak berkecimpung dalam bidang ni..yang paling penting! kena percaya diri k.. kreatif? trust me.. dia akan datang sendiri... semua orang ade kreatifnya..percayalah! cuma perlu asah je..kenapa saya cakap macam tu? sebab masa saya sekolah menengah sampailah STPM, saya langsung tak belajar melukis..okey, adalah lukis2 jugak time sekolah rendah sampai tingkatan 3..lepas tu dah tak lukis langsung... masuk je tingkatan 4, saya ambil agriculture.. dan bila STPM saya ambil Business... masuk Universiti, baru saya ambil drawing class..slow2 catch up..dah lama sikit, not bad jugak lukisan I uolss..hikhik! tapi, kenapa asyik tukar2 bidang je nih? hahaha! tu malas nak jawab... sekurang-kurangnya saya ada multi knowledge..ye dak? ^_^ Ingat! yang paling penting sekali..percaya dan usaha! k!

Sempat hampir 1 tahun jugaklah saya ambik course ni... tapi terpaksa tukar jugak sebelum final sebab faktor kesihatan yang memang langsung tak mengizinkan saya ambil course industrial design nih.. Industrial design perlu selalu masuk dalam bengkel untuk proses menyiapkan model2 yang kita dah sketch tu...Sebelum ni saya tak ada asma.. jadi sebab tulah saya berani amik course ni... bila saya  disahkan mengidap Tuberculosis, secara tak langsung saya mengidap asma..dan asma saya sangat teruk!! teruk macam mana? biar saya jelah yang tahu.. =)

Disebabkan itu.. En. Helmi merangkap lecturer saya menyarankan saya untuk menukar course.. 

jadi sekarang saya mengikuti kursus ----->

IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF ( REKA BENTUK KOMUNIKASI ) DENGAN KEPUJIAN

Mari saya cerita sikit course baru saya ni...


Ini adalah contoh2 design untuk komunikasi visual

-APAKAH REKA BENTUK KOMUNIKASI??-

Reka Bentuk Komunikasi atau Komunikasi Visual ini adalah bidang seni yang berkaitan dengan Reka Bentuk Grafik. Ia adalah bidang rekaan yang berkaitan dengan identiti korporat, rekaan bahan penerbitan, tipografi, rekaan iklan, poster dan pembungkusan.

Saya pun masih explore pasal course baru saya ni... belum ikuti mana2 kelas lagi sebab menjalani rawatan dekat Johor ni.. InsyaAllah bulan 9 ni.. saya akan dapat sambung semula perjuangan yang tergendala tu.. dan start belajar Komunikasi Visual ni.. seronoknya!! tak sabar nak belajar benda baru... untuk siapa2 yang nak tahu lebih lanjut apa yang dibelajor dalam course Komunikasi Visual ni bolehlah jenguk2 blog ni ae---->Blog Cikgu Seni

Career Opportunities untuk bidang ni pun tak kurang hebatnya :

Freelance Designer
Art Director
Print Production Artist
Web Designer
Copywriter
Print Production Manager
Manager or Director Web Developer (front end/interface system)
Web Programmer (back end system)
Web Producer/Senior Producer/ Executive Producer
Content Developer
Commercial Artist
Game Designer/Developer
Graphic Designer
Interactive Media Designer
Museum Exhibition Designer

Akhir kata... semoga berjaya untuk awak!!...dan saya..^^ hihi.. When Times Get Tough Get Strong!! InsyaAllah Pasti Berjaya!! Doa pun jangan lupa yep~

HasbunAllahu wa ni'mal wakeel.
Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik Pelindung
(3:173)

Bye..Assalamualaikum~



Friday, 8 May 2015

Assalamualaikum... =)

-THE NEW BEGINNING-



Saya tetap macam dulu..berdoa agar diberi kesihatan yang baik supaya boleh sambung degree yang tergendala tu...
(still fighting on tuberculosis) 5bln sudah.. tapi ada satu benda yang saya masih tak faham sampai sekarang... semenjak saya disahkan mengidap Tuberculosis ni.. semput saya jadi sangat teruk... dan kerap tersedak... saya sebenarnya sedih tengok ummi... dia selalu menangis dalam diam... saya harap sangat saya dan keluarga terus tabah hadapi semua ni...

Universiti Malaysia Kelantan... tunggu saya datang ae =)

hari yang sebelum ni..biarlah jadi ingatan dalam fikiran.. mulakan hidup baru. InsyaAllah!!


Ya Allah... terima kasih kerana dah buka mata hambamu ini hingga mampu melihat dunia dari sudut yang lebih indah..jadi ini sebuah cerita baru dan blog baru.. =) dari saya.. Nor Munira Aryani Nordin~ .





-Selamat menjalani Dunia Baru-